Pelakon Nad Zainal mengakui gemar menjayakan karakter berat dalam sesebuah filem atau drama.

Menurut Nad, pada awal pembabitannya sebagai seorang aktres, dia sering diberikan watak ringan.

"Ketika baru mula berlakon, saya sering membawakan watak ringan, seperti karakter gadis riang dalam drama bersiri Kampung Girl dan sebagainya.

Terima kasih atas pencalonan awal ini, jika ada rezeki kita jumpalah di ASK, jika tidak, teruskan menyokong drama saya ♥️ Penghargaan #GlamSquad @syedewa @asyrafarrif_couture @syhimran77 @kakifoto_ #fatonahazali #dosaperempuan

A post shared by NZ (@nad.zainal) on


"Namun begitu, lama kelamaan, penerbit dan pengarah nampak yang saya boleh menjayakan watak berbeza.

"Saya juga suka menggalas tanggungjawab untuk membawakan watak berat... Lagi berat, lagi saya suka kerana ia merupakan salah satu cabaran untuk saya sebagai seorang pelakon," kata Nad.

Nad ditemui di sidang media Anugerah Skrin 2018 di Internation Art Gallery at Alya, Bukit Kiara baru-baru ini.

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini, dia juga mahu membawakan watak yang belum pernah dijayakan.

ASK X MELODI 12pm TV3 Make Up : @ezal_ezlizan

A post shared by NZ (@nad.zainal) on


"Jika diberikan kesempatan, saya teringin membawakan watak aksi atau pun mempunyai karakter yang lebih mencabar berbanding yang pernah saya bawakan sebelum ini," katanya lagi.

Abe Ley tak pernah mengecewakan! Makeup : @rozlanassir

A post shared by NZ (@nad.zainal) on


Telefilem lakonan Nad, Fatonah Azali tersenarai sebagai calon dalam kategori Drama Terbaik untuk Anugerah Skrin 2018.

Anugerah Skrin 2018 bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, 2 November ini pada jam 9.00 malam dan disiarkan di TV3.