Selepas melalui beberapa episod duka dalam perhubungan, pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac mengakui hatinya sudah dimiliki.

Enggan mendedahkan mengenai hubungan percintaan yang terjalin, Hans selesa untuk berdiam diri.

"Saya sudah mempunyai teman wanita. Tetapi, saya selesa untuk merahsiakan perhubungan yang terjalin.

"Saya mengakui saya sedang berkenalan rapat dengan seseorang tetapi saya tak akan memberitahu perkara itu dengan lebih terperinci.

"Namun begitu, apabila semuanya berjalan lancar dan hubungan yang terjalin menuju ke gerbang perkahwinan, saya akan memberitahunya kepada semua," jawab Hans ringkas.

Pengumuman Top 12 Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 . Thank you to all our celebrity friends yang hadir pada hari ini. ?♥️ Perkenalkan, Scha Al-Yahya sebagai hos program Dewi Remaja 2018/2019 pada kali ini ➕ Dato' Hans Isaac sebagai juri tetap. . Terima kasih juga kepada Datuk @aznilnawawihm sebagai juri ujibakat kami, alumni Dewi Remaja kami @mawarashid & @puteriaishahofficial serta kepada semua finalis Hero Remaja 2017: @alipblastoff @farhanleboo @kidkylo @aimanr27 & @safwannazri . #dewiremaja #dewi1819 #majalahremaja #remaja

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on


Hans ditemui di majlis pengumuman finalis pencarian Dewi Remaja 2018 / 2019 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, semalam.

Bertindak sebagai juri, Hans mahu berkongsi pengalaman dengan peserta Dewi Remaja mengenai realiti sebenar kehidupan selepas bergelar selebriti.

"Kebanyakan peserta pertandingan ini akan terlibat dengan dunia seni selepas tamatnya program. Saya mahu berkongsi pengalaman mengenai realiti sebenar kehidupan sebagai anak seni.

"Semuanya tidak mudah dan mereka harus mempunyai bakat untuk menyerlah," katanya lagi.

#Dewi1819 ??? Sedikit highlight dari acara Pengumuman Top 12 Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 semalam di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. . Video penuh momen pengumuman akan kami upload di IGTV @majalahremaja tak lama lagi. ? . #majalahremaja #remaja #dewiremaja #dewi1819

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on


Dewi Remaja 2018 / 2019 bakal bersiaran setiap hari Ahad, pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) & Ria HD (123) bermula 25 November depan.