Pengacara dan pelawak Jihan Muse mendedahkan dia suka memasak selepas berkahwin dengan pelakon, Ungku Hariz.

Menerusi Instastory Instagram miliknya, dia mengaku agak lambat dirinya untuk belajar memasak jika dibandingkan dengan wanita lain.

"Betul la orang kata kalau dah kahwin nanti mesti pandai masak.

"Walaupun agak lambat start tapi iye lah. Sehari tak masak rasa tak senang.

"Nak tido pun takut tak lena. Nak mandi takut tak basah. Dap dap dengan wet tissue je la kot.

"Resah gelisah je teringatkan bawang-bawang dengan kuali.

"Mungkin inikah yang dinamakan CINTA? Cintakan memasak.

"Dari tadi stalk video orang masak. So not jihanmuse," tulisnya.

Jihan memberitahu dia berasa tidak senang hati jika sehari tidak memasak.

Jihan juga berasa keliru dengan dirinya kerana sekarang ini dia suka menonton video tutorial memasak.

Jihan dan Ungku berkahwin pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pada 25 Januari lalu.