Pengacara dan pelakon, Neelofa mengakui tidak mengetahui motif sebenar seorang lelaki yang mendakwa dia merupakan 10 individu berpengaruh di Malaysia yang didakwa memiliki pengikut palsu di Instagram.

Menurut Neelofa, dia tidak mengetahui niat sebenar lelaki berkenaan berbuat demikian menerusi perkongsian di Twitter.

“Apabila dia menggunakan terma pengikut palsu, ramai yang mula beranggapan lain. Kenapa perlu dia berbuat begitu? Ia membuatkan ada orang salah faham apabila mereka ingat saya membeli pengikut di Instagram.

“Sebetulnya, dia patut menggunakan terma ‘bad followers’ atau mereka yang mengikut sekadar untuk menghentam. Mereka tidak ubah seperti ‘haters’ (pembenci).

“Daripada saya didakwa kononnya membeli lebih sejuta pengikut palsu, lebih baik saya beli 10 juta.

"Lelaki itu adalah kawan kepada kawan kakak saya. Saya difahamkan, dia individu yang sepatutnya diundang ke sebuah program TV bagi membincangkan topik mengenai perkara berkaitan pengikut di laman sosial,” katanya.

Nama Neelofa berada pada kedudukan teratas dengan dakwaan memiliki lebih sejuta pengikut palsu.

Turut disenaraikan ialah anak pasangan artis, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar, Nora Danish, Mira Filzah, Uqasha Senrose, Amyra Rosli dan Zizan Razak.

Sumber: Berita Harian