Suami pelakon Mia Ahmad yang juga penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan memberikan bayangan hubungan rumah tangga mereka kini aman.
Menerusi kemas kini di Instagram miliknya, Izham memberitahu keluarga adalah aset utamanya kini.
"Harta tak ternilai saya selamanya keluarga saya.
"Selagi saya hidup dan bernafas, setiap detik jantung saya akan selamanya saya mencintaimu.
"Ini janji saya. Tiada lain yang ingin saya lihat sebab mereka adalah kesempurnaan saya," tulisnya sambil diiringi nama Mia dan anak tunggal mereka, Sayf Issa.
Mia baru-baru ini telah memadamkan semua foto suaminya dan memuat naik entri di Instagram seolah-olah memberi bayangan hubungan rumah tangga mareka bermasalah.
Namun, menerusi laporan Berita Harian, tindakan Mia itu didorong oleh emosi tidak stabil ketika masih berpantang.
Izham juga menjelaskan situasi yang berlaku disebabkan oleh campur tangan sepasang kekasih yang cuba memporak-perandakan hubungan mereka sejak tiga minggu lalu.
Mia dan Izham telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Sayf Issa pada 28 September lalu.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita