Pelawak dan pengacara Zizan Razak memuat naik sebuah entri yang telah menarik perhatian peminat di laman Twitter miliknya.

Menerusi akaun Twitter @zizanrazak869, jejaka yang berasal dari Terengganu ini berang dengan tindakan segelintir wanita yang melakukan lagak seksi ketika bergambar.

Malah, Zizan juga tidak berpuas hati sekiranya kaum lelaki dilabel sebagai seorang yang gatal gara-gara meninggalkan komen di foto itu.

"Aku tak berapa paham kalau perempuan nak ambil gambar mahu yang bertudung atau tak mesti mencari jalan untuk pose sexy.
"Pastu bila laki like ke komen ko cakap laki gatal.

"Yang kau pergi pose belanja tu kenape?" tulis Zizan.

Tweet tersebut diletakkan bersama hashtag #tak paham #sexy #belanja.

Rata-rata pengikut Zizan di laman Twitter memberikan respon terhadap tweet tersebut.

Ada yang bersetuju dengan tweet Zizan, malah ada yang berseloroh mengaitkan pelakon Mira Filzah.

"@almizan: Nasib Mira tak macam tu kan Zizan."

Sekadar info, Zizan mula aktif di industri hiburan pada tahun 2007 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.