Pelakon Ummi Nazeera mengakui lebih bersikap terbuka dengan pengikutnya mengenai soal keibubapaan sejak melahirkan puteri sulungnya, Ayra Aneesah. Menurut Ummi, dia percaya dengan pendapat dan pengalaman daripada pengikutnya di akaun Instagram (IG) miliknya. "Saya percaya dengan perkongsian daripada pengikut saya, yang mana boleh diterima akan saya praktikan untuk kehidupan harian. "Buat masa ini, kebanyakan pengikut saya memberi nasihat yang bernas kepada saya. "Saya mengucapkan terima kasih kepada pengikut dan kawan-kawan yang menegur di kala saya melakukan kesilapan kerana teguran yang baik adalah untuk kebaikan kita juga," katanya. Sekadar info, Ummi kini sedang giat mempromosikan filem dan siri Gol & Gincu Vol.2. Menerusi GG2 arahan sulung Umi Salwana Omar, Ummi memegang watak Yaya bersama pelakon gandingannya, Diana Danielle. Selain Ummi, pelakon lain yang turut menjayakan GG2 adalah Sharifah Amani, Sazzy Falak, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhan, Annabel Michael, Grace Ng dan Iezahdiyana Alaudin. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan GG2 yang sudah ditayangkan di pawagam berdekatan anda! Untuk berita hiburan padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada hari Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
"Mula-Mula Ingat Dia Tomboy Ke Pengkid, Tak Ada Perasaan Dekat Lelaki" - Ini Pendedahan Fizi Ali Tentang Shakilla Khoriri 18 Feb 2019
"Syukur Alhamdulillah Semuanya Selamat & Dipermudahkan" - Isteri Selamat Bersalin, Angah Raja Lawak Dapat Anak Perempuan 18 Feb 2019
“Neraka Kirim Salam”- Dikecam Netizen Kerana Jadi Model Pakaian Dalam, Ini Respon Sharifah Sakinah 18 Feb 2019
"So I Can See That Both Of You Are In Relationship" - Netizen Speku Ismail Izzani Bercinta Dengan Shalma Eliana? 18 Feb 2019
“Neraka Kirim Salam”- Dikecam Netizen Kerana Jadi Model Pakaian Dalam, Ini Respon Sharifah Sakinah 17,989
"Seronoknya Kalau Arwah Mama Masih Ada ..." - Aprena Manrose Tayang Kereta Pertamanya, Proton X70 7,124
"Syukur Alhamdulillah Semuanya Selamat & Dipermudahkan" - Isteri Selamat Bersalin, Angah Raja Lawak Dapat Anak Perempuan 4,406
"Saya Sayang Ayah Saya Seperti Mana Kamu Sayangkan Ayah Kamu" - Cik Manggis Ulas Komen Dikatakan Biadap Oleh Netizen 3,737