Penyanyi Farawahida akui tertekan sepanjang berada di dalam Gegar Vaganza musim kelima (GV5).
Farawahida berkata masa yang ada kini hanya memberi tumpuan untuk konsert GV5.

“Setiap hari Selasa kami perlu berjumpa dengan team produksi dan Datuk Ramli MS untuk bincang mengenai persembahan dan susunan muzik.

“Kemudian hari seterusnya saya akan berbincang dengan team untuk persembahan konsert pada minggu tersebut.

“Setiap hari selama enam minggu ini saya keluar rumah hanya untuk persiapan GV5 dan pulang hanya untuk tidur sahaja.

“Saya akui sangat tertekan dan masuk GV ni tidur tak aman,” katanya kepada Gempak.

Pun begitu, Fara akui sangat bertuah kerana suaminya memahami.

“Suami saya pun kebetulan sedang sibuk dengan kerja dan perlu berulang alik ke Sarawak setiap minggu.

“Suami pun memberi sokongan dan memahami walaupun kadang-kadang tidak ada bersama saya,” katanya lagi.

GV5 minggu keenam diteruskan dengan lapan bintang yang masih tinggal iaitu Dia Fadila, Noryn Aziz, Farawahida, Amelina, Hetty Sarlene, Maya Ruslee, Billy Zulkarnain dan Forteen.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.