Karakter Harris yang dibawakan oleh pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim dalam drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek nampaknya benar-benar menjadi.

View this post on Instagram

Tolong guys, siapa nak beli kereta sekali pemandu murai ? Tak payah bayar, saya bagi kereta+pemandu+duit. Tolonglah amik dia ni? #cikreenencikngokngek

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on


Sudah memasuki minggu akhir tayangan, drama bersiri yang menggandingkan Fikry bersama aktres Farah Nabilah ini semakin hangat diperkatakan ramai.

Menerusi pemerhatian di laman sosial Twitter, ramai peminat yang tidak senang dengan watak Harris.

View this post on Instagram

Orang cakap kalau jodoh kita muka dia macam kita. Alhamdulillah nasib baik dia tak berjambang? #cikreenencikngokngek

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on


Malah, segelintir penonton meluahkan rasa geram sehingga ada yang mahu melempang Harris!

Drama bersiri ini merupakan karya adaptasi novel bertajuk The Misadventure of Cik Reen dan Encik Ngok Ngek tulisan Maya Adira.

View this post on Instagram

Payah dapat bini gila!? #cikreenencikngokngek

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on


Selain Fikry dan Farah, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Scha Elinnea, Farhan Asri, Dini Schatzmann, Iswan Ismail, Haneesya Hanee, Raja Azmi dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Hadith Omar, jangan lupa saksikan Cik Reen Encik Ngok Ngek setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

View this post on Instagram

#Repost @suhanmovies with @get_repost ・・・ ?? ITS TOMORROW !!!?? TAK SABARNYA!!! ??? Jangan lupa temu janji kita, esok jam 10 malam di @astroriamalaysia #satuharilagi #megadrama #cikreenencikngokngek Mulai 1/10/2018 10 Malam Isnin - Khamis Astro Ria 104 & Ria HD 123 Dibintangi @farahnabilahofficial @fikryibrahim @farhanleboo @schaelinnea @dinischatzmann @iswanismail88 @haneesyahanee @nikadammika @rania_411 Arahan @hadithomar

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on


Untuk berinteraksi mengenai drama ini di laman sosial, gunakan hashtag #CikReenEncikNgokNgek.