Penyanyi Syafiq Farhain akui berat badannya semakin susut sejak akhir bulan lalu.

Syafiq berkata penurunan berat badan sehingga lima kilogram (kg) itu mungkin berpunca daripada kesibukan serta jadual yang ketat sejak menyertai program Big Stage.

“Sebenarnya sudah ramai yang menegur tubuh saya kelihatan susut dan selepas itu baru saya sedar.

"Sebelum ini berat badan saya 60kg tetapi sekarang cuma 55kg sahaja...

“Jujurnya saya sendiri tidak lakukan apa-apa pun untuk mengurangkan berat badan apatah lagi untuk bersenam kerana tiada masa.

"Saya akui selepas menyertai Big Stage saya semakin tidak cukup rehat dan makan pun tidak menentu kerana jadual yang agak padat,” katanya kepada Gempak.

Mengenai perkembagan lain, anak kepada penyanyi lagenda, Saleem itu baru sahaja selesai penggambaran filem pertamanya, Hero

Filem terbitan NS Star Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Mark Adam, Bell Ngasri, Elisha Sandha, Tash Yong dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Hero mengangkat kisah mengenai anggota bomba dan ia dijangka menemui penonton pada tahun hadapan.