Menerusi entri di Instagram (IG), Elvina berkongsi foto-foto 'Maternity Shoot' dan menjelaskan dia serta suami bakat menimang bayi lelaki tidak lama lagi.
"Yesss! It's a boy ? our little hero will come out soon guys," tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, ruangan komen juga dipenuhi ucapan peminat yang mendoakan agar Elvina dan bayinya sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Selain ucapan tahniah, mereka turut memuji sikap romantik yang ditunjukkan oleh Haniff kepada isteri kesayangannya itu.
Elvina berkahwin dengan Haniff pada 18 Mac lalu dengan sekali lafaz dan majlis pernikahan diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.