Penyampai radio SINAR FM, Jep, Rahim dan Angah yang mengendalikan segmen Pagi Di Sinar terkedu sebaik sahaja diberi peluang melihat trailer sequel filem Polis Evo 2 (PE2).

Istimewanya, trio ini merupakan orang pertama yang diberi peluang untuk menonton trailer tersebut sebelum ditayangkan sebentar tadi.

Ternyata reaksi mereka bertiga yang ‘speechless’ dan terkedu melihat trailer itu sudah cukup membuatkan peminat tidak sabar menantikan tayangan PE2.

“Uish! Baik Sangat ni. Uish tak sangka ya ada kualiti macam ni. Gempak la ni Sam,” komen Jep sambal melihat trailer yang ditunjukkan oleh pelakon utama PE2, Shaheizy Sam.


Dalam pada itu, trailer PE2 yang dimuat naik di Youtube Astro Shaw beberapa minit yang lalu mendapat reaksi positif penonton.

Masih mengekalkan pelakon asal seperti Shaheizy Sam dan Zizan Razak, wajah-wajah baru dalam PE2 ini juga tidak kurang hebatnya.

Antaranya, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Hairul Azreen, Soffi Jikan, dan Syafie Naswip.


Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini bakal menemui penonton menerusi pawagam seluruh negara mulai 22 November depan.