Isteri pelawak Tauke, Nadia Mohd Affandi memberitahu dia baru sahaja dibenarkan keluar hospital selepas melahirkan anak sulungnya pada 26 Oktober lalu.

Nadia memaklumkan perkara itu menerusi entri terbaru yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

“Salam semua hari ini saya baru dapat discaj sebab baby ada masalah dan alhamdulillah saya dan anak dah sihat.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan dan doa yang telah awak semua sampaikan.

“Maaf saya tak dapat nak reply satu-satu Direct Message (DM). Semoga Allah merahmati hidup awak semua. Amin. #mylittlegirl #mypartner #mylove #jantunghati,” tulisnya.

Terdahulu, Nadia selamat bersalin di Hospital Serdang tepat jam 8.28 malam jumaat.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.

Tauke memiliki enam orang anak yang berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini.

Foto: Instagram @nadiayaya6