Filem PASKAL The Movie arahan Adrian Teh telah menerima kutipan lebih RM27.3 juta dalam tempoh 32 hari tayangan.

Ia berjaya membuktikan filem berbentuk kenegaraan sebegini mampu menarik minat penonton di luar sana.

Melihat dari segi kutipan, filem ini berjaya menduduki carta pertama filem kenegeraan yang paling laris dalam sejarah perfileman negara.

Dalam pada itu, filem yang mengangkat pasukan unit khas dalam organisasi TLDM atau lebih dikenali sebagai Pasukan Khas Laut (PASKAL) ini juga dilihat mampu menyuntik semangat cintakan negara.

Gempak senaraikan beberapa impak besar yang berjaya diperoleh oleh PASKAL The Movie:

1. Peratusan Naik, Ramai Nak Join TLDM!

Filem ini berjaya mendorong lebih ramai anak bangsa di luar sana untuk menyertai pasukan unit khas ini.

Terbaru, menerusi laporan pengambilan perajurit muda TLDM di negeri Kelantan meningkat sebanyak 38% (lalu 510 dan terkini 824), manakala di negeri Pulau Pinang peningkatan sebanyak 40.7% (lalu 427 dan terkini 601).

Panglima Tentera Laut Diraja (TLDM) , Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin menyifatkan peningkatan drastik sebanyak 40% yang hadir untuk pemilihan bagi pengambilan perajurit muda TLDM adalah selepas kehadiran filem PASKAL The Movie.

Beliau juga amat berpuas hati dengan sentuhan pengarahnya, Adrian Teh kerana berjaya menghasilkan filem itu, setelah 42 tahun berkhidmat dengan TLDM.

2. Kerabat Diraja Juga Menggemarinya, Mahu PASKAL The Movie 2!



Seminggu sebelum tayangan, DYMM Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah hadir bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bagi menyaksikan filem ini secara eksklusif. Turut hadir pada majlis itu ialah DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Ia disusuli dengan kehadiran Adinda kepada Yang Dipertuan Agong Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Kelantan menghadiri majlis tertutup untuk menyaksikan filem arahan Adrian Teh ini.

Tenaga produksi juga amat berbesar hati apabila Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Raja Permaisuri Besar Negeri Sembilan Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud juga telah menonton filem ini apabila baginda menghadiri tayangan eksklusif bersama para pelakon dan pengarah di GSC, The Gardens.

Bukan sahaja dipuji ramai penonton di tanah air, malah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut memuji aksi yang dipamerkan dalam filem ini selepas berkenan berangkat ke tayangan khas PASKAL The Movie.

Baginda turut berharap agar PASKAL The Movie mempunyai kesinambungan kedua pada masa akan datang memandangkan aksi dan pendedahan mengenai PASKAL jarang sekali didedahkan.

3. Jadikan Bahan Mengajar Di Sekolah!


Kepada cikgu2 sila dengar video ini dari YB Dr. Maszlee @ YB suka watak yang dilakonkan oleh @_nam_ron_

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on


Lebih istimewa Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik telah menonton filem berdurasi 115 minit ini menyarankan ia boleh dijadikan bahan mengajar di sekolah kerana ia sebuah filem yang baik untuk dijadikan contoh untuk di paparkan kepada anak-anak.

Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga sempat meluangkan masa menonton filem ini!

Terima kasih bagi semua yang hadir memeriahkan tayangan filem PASKAL bersama ARMADA BERSATU semalam. . The movie was great, kita dapat mendalami sedikit sebanyak pengorbanan wira & wirawati negara yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan negara. Banyak yang kita boleh hayati daripada pengorbanan ini. . Terima kasih juga kepada pihak GSC, dan juga para pelakon yang turut hadir. A must watch! ???? . Dan dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat datang ke keluarga BERSATU kepada 30 orang yang baru mendaftar sebagai ahli BERSATU di program semalam. . Untuk yang belum mendaftar sebagai ahli bersatu, boleh daftar di www.bersatu.org

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

JOM TENGOK PASKAL BERSAMA SAYA & ARMADA! Selaku lepasan pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC), sudah pastilah filem mengenai ketenteraan amat dekat di hati saya. Lebih-lebih lagi ramai yang memperkatakan filem PASKAL ini mengangkat nilai perjuangan, keberanian dan persahabatan untuk pengajaran bersama. Justeru, Armada BERSATU ingin mengajak anda semua untuk sama-sama menonton karya hebat ini! Armada payung semua. (FREE) :-) Butiran program adalah seperti berikut; Tarikh: 25 Oktober 2018 Masa: 8 malam Tempat: GSC, Nu Sentral Ayuh ramai-ramai memeriahkan sesi tayangan ini. Dengar kata ada cabutan bertuah dan 'kejutan' istimewa buat para penonton. Daftar kehadiran anda, link di profile! #YouthPower #ArmadaPaskal

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on


4. Sentuh Hati Ramai Pihak... Orang Umum Serta Rakan-Rakan Selebriti!

Apa yang paling membanggakan, filem ini dapat menyentuh hati ramai pihak, termasuklah orang ramai serta rakan-rakan selebriti tempatan. Filem ini memberi kesedaran mengenai semangat cintakan negara.

Ribuan maklum balas positif yang diterima di laman sosial serta ramai juga yang melakukan parodi #PASKALChallenge.

Paskal Parody / takleh rilex ae dapat tuan mcm ni ? #paskalchallenge Talent W// @naszkenyang @danielzamrii @syamimhasni @izham.rzk @paskal_themovie #iglelakivsperempuanvideo #lawakhambar #lawakhangit #atukpesan #lawakhambar #mudahterhibur #kiniviral #lawakterkini #lawakboring #lawak #ohsem #lawakhangit #zonlawak #abeparut @lawak_hambar @lawak.hangit @iglelakivsperempuan @atukpesan @otakpishang @kini.viral @igwhatsnews #malapdalamgelap

A post shared by Norhayati ? cikb♥️ (@fardtinted_) on

@tomokofficial dah buat #PaskalChallenge . 80 lebih push up dlm 20 saat katanya. Sekarang turn @alifsatar untuk sahut cabaran. Ada bran? #PaskalTheMovie #superspontanxtravaganza #BigStage (PushUp paling banyak dlm 20 saat)

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Bila @Abam_bocik sahut #PaskalChallenge , memang terbaiklah. Cuba kira berapa banyak push up Abam buat dalam masa 20 saat? Okay ready @TomokOfficial & @SissyImann kalau berani sahut cabaran Abam. #PaskalTheMovie #superspontanxtravaganza #BigStage (PushUp paling banyak dlm 20 saat)

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Latihan Paskal drpd kami.... Ada beran?? Kalau ada cubalah... Mungkin ni x ketinggalan sngat kot kalau nk post... . . . Btw... #paskalthemovie #paskalchallenge

A post shared by Nik Ihfaz Ahmad Mokhjamil (@nik_ihfaz) on


5. Figura Filem Antarabangsa Juga Tonton PASKAL The Movie!



Lebih membanggakan PASKAL The Movie turut ditonton oleh pelakon antarabangsa; mereka ialah aktor popular Hong Kong, Eric Tsang dan selebriti kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh yang turut memuji filem ini.
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami

Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami

Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
Tak Boleh Berhenti Senyum - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!

"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!

Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job

Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job

Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk...

Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."

Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”

Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”

Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”

Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”

Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert

Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert

Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”

Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”

Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - Terpaksa Cari Pengganti

Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"

Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain

“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain

Ziana kata dirinya masih belum layak.