Aktres Datin Diana Danielle menegaskan dia tetap akan bersama suaminya, Datuk Farid Kamil ketika susah dan senang.

Menurut Diana, dia berasa terharu dengan netizen yang telah memberi kata-kata semangat kepada dirinya dan Farid.

"Saya tetap akan bersama suami saya di kala susah dan senang kerana tiada siapa yang tahu kebenaran mengenai keluarga kami.

"Saya berasa terharu kepada semua yang telah menyokong kami serta memberi kata-kata semangat kepada saya dan juga Farid.

"Saya akui sekarang ini adalah masa yang agak sukar tetapi kami tetap sebagai sebuah keluarga yang bahagia malah tidak merasakan tekanan berikutan isu tersebut," katanya.

Sekadar info, Diana kini sedang giat mempromosikan filem dan siri Gol & Gincu Vol.2.

Menerusi GG2 arahan sulung Umi Salwana Omar, Diana memegang watak utama sebagai Zak bersama pelakon gandingannya, Ummi Nazeera.

Selain Diana, pelakon lain yang turut menjayan GG2 adalah Sharifah Amani, Sazzy Falak, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Intan Serah, Tiara Anchant, Nik Nasuhan, Annabel Michael, Grace Ng dan Iezahdiyana Alaudin.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan GG2 yang sudah ditayangkan di pawagam berdekatan anda!

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).