Pelakon drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek, Haneesya Hanee, meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mengkritik dirinya di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hanee mengakui dia tidak kisah dirinya di kritik dan akan terus berusaha menjadi yang terbaik pada masa akan datang.

"Hitam? Muka macam Ba**? Cakap la korang nak Cakap! Ada aku kesah??," tulisnya.

Hitam? Muka cam Babi? Cakap la korang nk Cakap!? Ada Aku kesah?

A post shared by Haneesya? (@haneesyahanee) on


Rata-rata berharap agar Hanee tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh netizen dan terus berjuang dalam mengejar impiannya sebagai seorang pelakon.

"@eyfa_que_serra: Yes you hitam sangat hitam tapi hitam yang cantik dan yang putih pun tak ada secantik you tau."

"@itslittleara__: Hanee keep strong, I nak kulit macam you babe, ur body your face shape all are prfect, type-type muka model interntional bukan senang nak dapat tau, muka naked you tu suit sangat jadi model-model skincare ke lipstick ke. Peduli orang nak cakap apa pun."

"@heartyluverz: Seriously I add you sebab I rasa you cantik sangat even u tidak putih. You cantik lebh dari orang yang berkulit putih."

Selain Haneesya Hanee, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Farah Nabilah, Scha Elinnea, Farhan Asri, Dini Schatzmann, Iswan Ismail, Raja Azmi dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Hadith Omar, jangan lupa saksikan Cik Reen Encik Ngok Ngek setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).