Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin amat berpuas hati dengan sentuhan pengarah filem Paskal The Movie, Adrian Teh kerana berjaya menghasilkan filem itu, setelah 42 tahun berkhidmat dengan TLDM.
Ahmad Kamarulzaman yang akan bersara pada akhir November, turut menjunjung kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kerana menitahkan kejayaan misi menumpaskan lanun Somalia di Teluk Aden itu wajar dibukukan dan jika boleh dibuat filem agar ia terpahat dalam sejarah TLDM.
“Saya ucapkan syabas kepada rakan strategik TLDM iaitu syarikat Asia Tropical khasnya pengarah dan penerbit filem ini kerana semua pembikinan filem berkenaan adalah dirancang dan mengambil peluang latihan-latihan yang diadakan,” katanya kepada Bernama.
Beliau juga berbangga filem itu telah menembusi pasaran luar negara bermula dengan Singapura dan bakal ditayangkan di beberapa buah negara termasuk Brunei, Turki dan juga China.
“Syabas kepada anggota Paskal TLDM yang sama-sama terlibat membuat aksi berbahaya dan khas yang memerlukan mereka terlatih dan berkelayakan melakukannya kerana mereka ini adalah pelakon di belakang tabir,” katanya.
Ahmad Kamarulzaman berkata, filem ini memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada filem tempatan kerana berjaya menyuntik semangat patriotisme.
Paskal ataupun Pasukan Khas Laut yang ditubuhkan dengan rasmi pada 1 Oktober 1982 merupakan pasukan operasi khas TLDM yang antaranya terlibat dalam perang gerila, antipengganas, menyelamatkan tebusan dan lain-lain.
Filem Paskal the Movie yang diterbitkan dengan kos produksi RM10 juta merupakan filem tempatan termahal pernah diterbitkan. Filem arahan pengarah muda itu memaparkan dua insiden sebenar membabitkan PASKAL – Operation Dawn 8: Gulf of Eden dan peranan pasukan itu dalam United Nations Angola Verification Mission II.
Dalam Operation Dawn 8: Gulf of Eden yang dramatik pada 20 Januari 2011 pasukan Paskal berjaya mematahkan percubaan lanun Somalia merampas kapal Malaysia MT Bunga Laurel yang membawa bahan kimia di Teluk Aden, berhampiran Yemen.
Filem itu menyaksikan kutipan box-office RM2 juta pada tayangan sulungnya.
Sumber: Bernama
Badrul Hashim
Sun Oct 28 2018
Tak Percaya Publisiti Murahan, MINAZ Elak Guna Selebriti & Influencer Kontroversi! - "Promosi Pakaian Sudahlah, Tak Perlu Tambah Isu Lain"
Jenama fesyen dan pakaian wanita serta keluarga, MINAZ berpegang pada prinsip tidak akan bekerjasama dengan selebriti atau pempengaruh yang berkontroversi.
Baru Peluk Islam & Hanya Tahu Baca Al-Fatihah, Dian Sastrowardoyo Kenang Kisah ‘Dikacau’ Makhluk Di Bali
Pelakon popular, Dian Sastrowardoyo berkongsi kisah seram yang dialami ketika mengunjungi Bali lebih 20 tahun lalu.
Jual 34 Perisa Air Balang, Peniaga Bazar Ramadan Kaut Untung RM10,000 Sehari!
Alhamdulillah rezeki!
Ibu Menangis, Zizan Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Mercedes Idaman - “Terus Sebak…”
Alhamdulillah, suka tengok Zizan tak berkira dengan keluarga.
Pening Dato’ Fizz Fairuz layan Ayra & Aurora berpuasa - Saya Puasa lah! | EP1
Comel betul lah! Dalam, "Saya Puasa Lah", ikuti adegan empat kanak-kanak selebriti yang cuba berpuasa sambil mengharungi pelbagai cabaran termasuk buat kerja rumah, masak untuk buka & sebagainya. Episod pertama bermula dengan Aurora & Ayra, anak-anak kesayangan pelakon dan DJ, Datuk Fizz Fairuz.
Saksikan gelagat anak-anak selebriti berpuasa dalam Saya Puasa Lah, bermula 19 Mac 2024 di semua platform Gempak.
#SayaPuasaLah
#SemangatDemiMinat
#susuUHTMARIGOLD
Saksikan gelagat anak-anak selebriti berpuasa dalam Saya Puasa Lah, bermula 19 Mac 2024 di semua platform Gempak.
#SayaPuasaLah
#SemangatDemiMinat
#susuUHTMARIGOLD
You Know Nothing About Cooking: Sherry Alhadad Masak Menu Wajib Kenduri Kahwin, Ini Resipi Penuh Nasi Tomato & Ayam Masak Merah
Nampak sedap nasi tomato & ayam masak merah.
Wan Raja ‘Inform’ Isteri Jika Perlu Lakon Babak Romantik - “Saya Bukanlah Kena Minta Kebenaran…”
Baguslah begitu.
Sherry Pressure Masak Lauk Kenduri? | Di Sebalik Tabir | You Know Nothing About Cooking | EP9
Sherry boleh ke masak lauk kenduri ni? Apa lagi lah yang Datin Malia akan marah. Hahaha. Jom layan!
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Malia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Malia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Zoey Rahman Terkejut Mass Factor Tangkap Cintan, Anggap Sebagai Bestie Saja - "Seminggu Kenal, Belum Jumpa, Ajak Couple"
Baru seminggu kenal terus jatuh hati.
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Godzilla x Kong The New Empire
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!