Siapa sangka dalam keterujaan sewaktu dinobatkan sebagai pemenang Miss Grand International 2018, Miss Paraguay, Clara Sosa tiba-tiba pengsan.

Dalam rakaman sewaktu rancangan final itu ditayangkan, Clara disambut Miss India, Meenakshi Cahudhary sebelum beliau tiba-tiba rebah.

Rakaman yang mula tular di media sosial itu menimbulkan reaksi dalam kalangan netizen yang menyifatkan jika mereka dinobatkan anugerah sama, reaksi mereka juga serupa.

Dalam acara berkenaan, Clara dinobatkan Miss Grand International menewaskan Miss Peru, Maria Lora Jose.

Menurut laporan antarabangsa, Clara berjaya merangkul takhta itu selepas memberi jawapan memukau sewaktu sesi soal jawab bersama peserta Top 10 yang lain.

Sumber: Astro Awani