Memang menyeronokkan. Festival Toyota Gazoo Racing yang berlangsung di MAEPS, Serdang pada 20 dan 21hb Oktober lalu menyaksikan ribuan yang datang terhibur dengan pelbagai acara yang disediakan.



Buat pertama kalinya juga Toyota Rush baharu diperkenalkan secara eksklusif secara umum di TGR. Kini anda boleh menghubungi bilik pameran Toyota terdekat untuk membuat tempahan.



Kehadiran Baby Shark dan Pink Fong turut menghiburkan mereka yang datang bersama keluarga. Selain berhibur, mereka juga juga memenangi pelbagai hadiah yang disediakan dan menjamu selera di trak makanan yang disediakan.



Hari pertama perlumbaan kelas promotional menyaksikan Nabil Ahmad menduduki podium pertama, diikuti oleh Datin Diana Danielle dan tempat ketiga pula milik Aiman Tino. Kehebatan Nabil mendahului dari awal hingga akhir perlumbaan, tetapi Aiman Tino mencuri tumpuan kerana berjaya memintas beberapa pelumba lain untuk menduduki tempat ketiga.



Pada hari kedua perlumbaan pula menyaksikan kehebatan Aiman Tino diteruskan lagi apabila berjaya menduduki podium pertama walaupun bermula di grid ketiga. Tempat kedua pula milik juara keseluruhan di Kuala Terengganu, Akim Ahmad, manakala Datin Diana Danielle membuktikan beliau bukan calang-calang pelumba apabila terus menduduki podium di tempat ketiga.



Jangan lupa untuk bersama Festival Toyota Gazoo Racing yang bakal berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, pada bulan Februari 2019 nanti.