Aktor popular, Zul Ariffin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 semalam.

Pelakon Ti Amor Sweetheart itu mengucapkan terima kasih kepada yang memberikan ucapan hari lahirnya.

"Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk beri ucapan kepada saya, saya sangat menghargai anda semua," katanya

Zul berkongsi ucapan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Zul telah memuat naik fotonya kelihatan ringkas dan bersahaja tanpa menampakkan sebarang makanan atau props sambutan hari jadi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi ucapan dan mendoakan kesejahteraan buat pelakon ini.

Keep calm and grow a beard ??

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on


Zul mulai aktif di industri hiburan tanah air pada tahun 2008 dan berjaya mengekalkan popularitinya menerusi lakonan dalam drama dan filem tempatan.