Filem Gol & Gincu Vol. 2 (GG2) menerima komen dan respon yang positif daripada penonton selepas sehari tayangannya semalam.
Rata-rata terhibur dengan jalan cerita filem tersebut yang dikatakan penuh dengan unsur humor.
Malah ramai yang berpuas hati dengan filem GG2 yang ditonton semalam serta mahu menontonya sekali lagi.
Berikut antara komen penonton yang diluahkan menerusi laman sosial:
“Tak tahulah betapa penatnya saya ketawa ketika menonton. GG2 wajib tonton dan saya beri 10/10!”
“Kalau tengok, tunggu sampai habis tau. Jangan keluar awal!hehe,”
“Selepas tonton GG2, suami kata filem ni awesome!,” respon beberapa penonton.

Thank you kepada yang dah tonton #golgincu2 semalam! Yang belum lagi, jom tonton hari ini ?? . P/s: Ingat tau! Keep your phones to yourselves and don’t post any spoilers to our friends yang belum tonton! . Kini dipawagam berhampiran, 25 Oktober 2018 ⚽️??? . #golgincu2 #bukansemuaperempuan #girlpower #girlscandoanything

A post shared by Gol & Gincu Vol. 2 (@golgincu2) on

GG2 turut dibintangi pelakon lain seperti Sharifah Amani, Sazzy Falak, Aedy Ashraf, Jad Hidir dan ramai lagi.

GG2 mengisahkan tentang Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah tetapi personaliti yang jauh berbeza.

Akibat tercetusnya pergaduhan mereka di khalayak ramai sehingga tular di media sosial, mereka telah dikenakan tindakan disipilin untuk melakukan kerja amal.

Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikenadlikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Pelbagai konflik berlaku ketika mereka cuba membantu Jijie dan gadis-gadis tersebut.

Karya terbitan Red Films itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini.
Foto ihsan: Instagram @vcxv07