Pelakon terkenal Hollywood, Arnold Schwarzenegger panik dikejar gajah liar ketika melawat sebuah taman safari di Cape town, Afrika Selatan.

Menurut laporan DailyMail, kejadian itu berlaku dengan pantas apabila seekor gajah liar berasa terancam dengan kehadiran kereta yang dinaiki Arnold sebelum bertindak melibaskan telinganya pada kenderaan tersebut.

Ketika kejadian, Arnold berada dibahagian tempat duduk belakang kenderaan berkenaan dan sempat merakamkan detik cemas itu.

Khuatir gajah itu bertindak ganas, pemandu pelancong kemudiannya mematikan enjin kereta supaya tidak menakutkan haiwan liar itu.

Gajah itu kemudiannya berundur dan masuk kembali ke dalam hutan.

Bagaimanapun sebaik sahaja enjin dihidupkan, gajah itu kemudiannya kembali dan mengejar kereta tersebut sebelum pemandu bertindak memecutkan kenderaannya untuk menyelamatkan diri mereka.

Dalam pada itu, Arnold juga telah berkongsi detik cemas itu dengan memuatnaik satu video di akaun instagramnya dan kapsyen:

“Saya sememangnya tertarik dengan haiwan yang sebegini kuat dan cantik walaupun ada di antara kami terpaksa menukar seluar selepas itu (terkencing).

“Kita sepatutnya berhenti membunuh mereka… Ambil gambar bukan bunuh.

“Jadi adakah anda suka berdepan dengan situasi seperti ini? Fikirkan,”
tulisnya.

Difahamkan, Arnold berada di Afrika Selatan bertujuan untuk mempromosikan sebuah festival sukan terbesar Arnold Sports South Africa yang berlangsung di Johannesburg.

Sumber: DailyMail, Instagram Arnold.

I couldn't have written this safari encounter better if it was a movie. I'm absolutely in awe of these beautiful, strong animals, even though some of us had to change our pants after this. We need to stop killing them - take a photo, not a shot. Would you rather be able to experience these creatures or a hunk of ivory? I thought so.

A video posted by Arnold Schwarzenegger (@schwarzenegger) on