Penyanyi remaja dan bintang program Big Stage, Wani Kayrie memohon maaf kepada semua pihak jika persembahannya tidak memuaskan di program D’Academy Asia (DAA) musim keempat.

Menerusi entri di Instagram (IG), Wani mengakui banyak kelemahan dilakukan semasa menyanyi dan pemilihan lagu yang dibuat juga tidak sesuai dengan dirinya.

"Assalamualaikum semua rakyat Malaysia.Terima kasih buat semua yang dah bersengkang mata sampai ke pagi untuk tengok persembahan Wani.

"Namun, wani mohon maaf jikalau persembahan malam tadi tidak memuaskan atas sebab pemilihan lagu yang tidak sesuai dengan saya.

"However terima kasih semua yang tidak putus memberikan kata semangat dan percaya akan diri saya untuk round seterusnya.

"Alhamdulillah walaupun berada di tangga ke 3 semalam but I’ll work harder for next round.

Assalamualaikum semua rakyat Malaysia ??❤️ Terima kasih buat semua yang dah bersengkang mata sampai ke pagi untuk tengok persembahan Wani. Namun, wani mohon maaf jikalau persembahan malam tadi tidak memuaskan atas sebab pemilihan lagu yang tidak sesuai dengan saya. However terima kasih semua yang tidak putus memberikan kata semangat dan percaya akan diri saya untuk round seterusnya ??✨ Alhamdulillah walaupun berada di tangga ke 3 semalam but I’ll work harder for next round. Doakan wani yaa ❤️? Terima kasih mummy @masidayu1001 atas comment yang membangun ?? . Dress @kimoeraboutique Makeup @nadhirart Hairdo @nugraha.fahmy Eyelashes @vsagesalon #suriarecords #daa4 #dacademyasia4 #wanikayrie #indosiar @wanikayriesquad

A post shared by Wani Kayrie ?? (@wanikayrie) on


"Doakan wani yaa, Terima kasih mummy @masidayu1001 atas comment yang membangun ," tulisnya.

Rata-rata berharap agar Wani kembali fokus semasa melakukan persembahan dan lebih berhati-hati dalam melakukan pemilihan lagu untuk dinyanyikan selepas ini.

Selain Wani yang mewakili Malaysia, DAA turut disertai oleh Sarah Fazny, Fauziah Gambus, Tyka, Zam Ryzam dan Ariff Adli.