Pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha mendedahkan tabiat anaknya, Yusuf Iskandar semasa tidur.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi sekeping foto di akaun Instagram (IG) milik Yusuf.

"Yusuf dari kecik suka gentel rambut Mommy sampai dia tertidur. Mommy pun tidur dengan teleng-teleng (pastu pagi sakit leher) and tak boleh tinggal dia nak buat benda lain.

"So finally beli hair extension ni and bagi dia time dia nak tidur dah tutup lampu.

Yusuf dari kecik suka gentel rambut Mommy sampai dia tertidur. Mommy pun tidur dengan teleng2 (pastu pagi sakit leher) and tak boleh tinggal dia nak buat benda lain. So finally beli hair extension hijau ni and bagi dia time dia nak tidur dah tutup lampu. He didn’t even noticed and dozed off. Bila dah pagi dia bangun, dia raba2 pastu tengok rambut tu hijau dia jerit hergh! and campak sorokkan tepi katil HAHAHAHAHAHAHAHA / #TipsMommynis jangan beli colour hitam kalau taknak seram sendiri ?

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on


"He didn't even noticed and dozed off.

"Bila dah pagi dia bangun, dia raba-raba pastu tengok rambut tu hijau dia jerit herghh! and campak sorokkan tepi katil hahahahaha," tulis Hanis.

Rata-rata pengikut terhibur dengan tips Hanis serta berkongsi perangai anak masing-masing.

"@kasezzaty: Hahaha lawak la yusuf ni."

"@itsme_fai: Adoiii mummy pun why la hijau..Terkejut yusuf tau!"

"@fifyfieza: We have the same habit. Up until now."

"@blingblingaci1020: Hahaha..gelak baca you all punya komen, anak saya dulu gentel kain batik je."

"@mssaniyah: Anak saya semacam suka gentel rambut..Tapi gentel rambut sendiri la..Takde la kepala saya teleng."

Foto yang dimuat naik hari ini mendapat lebih 800,000 tontonan dan hampir 900 komen netizen dengan pelbagai pendapat.

Hanis Zalikha berkahwin dengan pelakon Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 dan menimang cahaya mata pada 3 Jun 2016.