Seperti kebanyakan bakal raja sehari lain, pelakon 'Lafazkan Kalimah Cintamu’, Nadiyah Shahab juga tidak ketinggalan mengadakan parti bujang atau bachelorette party bersama teman-teman rapatnya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Nadiyah berkongsi rasa gembira dan teruja dapat meluangkan masa bersama teman-teman kesayangannya.

Majlis tertutup itu diadakan di Tiarasa Escapes, Pahang.

Menerusi foto-foto yang dikongsi Nadiyah, majlis itu berlangsung secara ringkas dan sweet tetapi meriah.



Malah, pelakon yang diberi jolokan sebagai ‘patung barbie’ ini juga kelihatan semakin cantik dan berseri.

Kepada si darah manis Nadiyah, semoga urusan menuju hari bahagia dipermudahkan.

Nadiyah dan aktor Ben Ali bakal melangsungkan pernikahan mereka pada 10 November di Singapura.

Manakala sebuah majlis di Malaysia akan diadakan seminggu kemudian.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 13 Januari lalu.

Nadiyah dan Ben mula berkenalan sejak dua tahun lalu dan mula akrab enam bulan selepas itu.