Pelakon Lufya Omar menafikan dakwaan orang ramai yang mendakwa rumah tangganya bersama suami, Dr Che Muhammad Hafiz mempunyai masalah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Lufya menjelaskan rumah tangganya bersama suami masih baik dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi sebarangan.

"Kami ok je Alhamdulillah. Kalau nak buat story kat surat khabar pun silalah tanya tuan badan dulu.

"Kami baru je gi makan angin beberapa minggu lepas. Janganla buat spekulasi tentang kehidupan orang lain tanpa menghormati privacy dan rumahtangga orang.

"Jangan tup-tup keluar cerita yang rumah tangga kami retak, bergolak dan sebagainya.

"Diam tak semestinya Lufya dan suami bersetuju dengan article anda," tulisnya.

Kami ok je Alhamdulillah. Kalau nak buat story kat surat khabar pun silala tanya tuan badan dulu. Kami baru je gi makan angin beberapa minggu lepas. Janganla buat spekulasi tentang kehidupan orang lain tanpa menghormati privacy dan rumahtangga orang. Jangan tup tup keluar cerita yang rumah tangga kami retak, bergolak dan sebagainya. Diam tak semestinya lufya dan suami bersetuju dengan article anda.

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on


Rata-rata mendoakan agar hubungan Lufya dan suami kekal serta berharap dia tabah menempuh sebarang dugaan dalam rumah tangga.

Sebelum ini, khabar angin itu timbul apabila ada yang mempersoalkan Lufya sudah jarang memuat naik foto bersama suaminya, malah laman IGnya cuma dipenuhi dengan gambar anak mereka, Laana Haura.

Lufya dan Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak bernama Laana Haura yang kini berusia 11 bulan.