“Semoga langkah kecilnya diberkati Allah dan setiap jejak kaki itu dipermudahkan, in shaa Allah,” tulis Amar di Instagram beliau selepas selesai adat Jejak Tanah untuk putera sulungnya, Aqeef Anaqi.

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang adat Jejak Tanah ini termasuk saya. Mengikut seorang teman yang berasal daripada Gopeng, Perak, adat ini masih diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu Rao atau Melayu Rawa.



Bayi tidak dibenarkan memijak tanah sehingga genap umur mereka setahun dan di panggil Pantang Tanah. Genap setahun, adat Berjojak atau Jejak Tanah diadakan sebagai penamat Pantang Tanah.



Adat Jejak Tanah merupakan simbolik buat putera sulung Amar dan Amyra untuk bebas menjejakkan kaki ke tanah dan boleh berpijak ke mana sahaja.



Gabungan dua adat yang saling berkait iaitu adat Pantang Tanah dan adat Jejak Tanah dipercayai diwarisi sejak berkurun lamanya dalam masyarakat Melayu Rawa.



Namun kedua-dua adat ini tidak membabitkan sebarang pemujaan, jampi serapah dan tidak melanggar syariat Islam. Malah, bacaan ayat-ayat Al-Quran dan selawat turut digunakan di dalam adat ini sesuai dengan peredaran waktu. Ianya adat yang diamalkan sejak turun temurun.



Sekali lagi, terima kasih Amar dan Amyra yang sudi berkongsi adat Jejak Tanah ini. Dapat juga saya belajar sesuatu. Semoga adat-adat yang kita warisi akan terus kekal dan tidak hilang ditelan zaman.

Jumpa lagi!

Bila Badrul Bicara

Kredit Gambar: Instagram @amarbaharin