Aktres popular, Sharifah Amani berkongsi pengalamannya sepanjang penglibatan dalam filem Gol & Gincu 2 (GG2).

Menurut Amani, dia berasa gembira kerana diberi watak yang senang untuk dilakonkan olehnya.

"Alhamdulillah, tiada cabaran untuk saya dalam GG2 ini kerana watak yang diberikan kepada saya tidak memerlukan saya untuk bermain futsal seperti dalam Gol & Gincu yang pertama (GG1).

"Dalam GG1 dahulu, saya perlu menjalani latihan untuk bermain futsal dengan baik, kali ini saya hanya memegang watak sebagai seorang wanita yang menjaga beberapa remaja di rumah kebajikan," katanya kepada Gempak.

GG2 menampilkan dua watak utama iatu Datin Diana Danielle dan Ummi Nazeera.

Selain itu, filem ini turut menampilkan beberapa wajah baru dalam industri filem tempatan seperti Aida Noris, Jad Hidir dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan GG2 yang akan mula ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober ini.