Pelakon Aedy Ashraf memuat naik beberapa foto ketika bercuti di Bali, Indonesia baru-baru ini.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Dear Bali, you make my heart smile," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Namun begitu, memandangkan Aedy menampakkan bahagian belakang badannya yang bertatu, ia telah mengundang tanda tanya di kalangan netizen sama ada tatu tersebut dibuat secara kekal atau palsu untuk sementara waktu.

Dear Bali, you make my heart smile.

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on


'Buat tatu ke Aedy?

"Tatu betul atau palsu?

"Kau ada tatu ke?" tulis netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang tidak mempertikaikan tentang tatu tersebut sebaliknya mengatakan ia adalah urusan peribadi Aedy, tidak perlu dicampur tangan oleh orang lain.

Walaubagaimanapun, Aedy memilih untuk menutup ruangan komen dan mengekalkan entri tersebut di akaun Intagramnya.

Dalam perkembangan lain, Aedy merupakan salah seorang pelakon yang membintangi filem Gol & Gincu 2 (GG2).

Selepas 13 tahun filem dan siri Gol & Gincu dilancarkan, kini ia muncul kembali dengan barisan pelakon serta kisah baru yang telah ditamatkan dalam Gol & Gincu Vol.2 (GG2).

Meskipun masih mengekalkan pelakon asal seperti Sazzy Falak dan Sharifah Amani, namun GG2 turut menampilkan wajah baru dan lebih segar.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan GG2, ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober ini.