Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa hatinya berhubung komen sesetengah netizen yang mengaitkan kemampuan dua cahaya matanya bermain bola sepak kerana bapa mereka adalah pemain bola sepak profesional.

Perkara itu berlaku apabila aktres itu berkongsi foto anaknya Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, bersama pasukan bola sepaknya yang ditubuhkan sendiri, RR Cougers.

"Keturunan sis tak ada siapa pun jadi artis ke pelakon ke, pelawak ke.

"Tiba-tiba sis seorang je sesat mai mana tak tau pergi jadi pelakon. So istilah kuah tumpah, darah bersemboq, berak tengah jalan ke dah tak relevan untuk guna pakai ye.

"Bukan nak nafi... sudah-sudahlah ye dari pagi sampai petang duk sebut darah, kuah, nasi bagai.

"Yang penting kena ada kerja keras, semangat dan minat... Kita ni bukan keluar dari perut mak terus terer main bola sebab darah pak ada.

"Kalau lagu tu, tak payahlah ada trainer, tak payahlah ada kelas bola sepak, tak payah juga pergi sekolah sebab mak bapa pandai.

"Semua ni anugerah Allah, tapi Allah pun kata kena usaha juga, tak ada usaha, darah ke, kuah ke, nasi ke nila ke pun tak boleh guna pakai... betul tak? Hidup kena logik," tulis Rita.

Keturunan sis xdak sape pon jd artis ke pelakon ke,pelawak ke....tiba2 sis sorg je sesat mai mana xtau p jd pelakon....so istilah kuah tumpah,darah bersemboq,berak tgh jln ke dah xrelevan utk guna pakai ye...bukan nak nafi...udoh2 lerr ye dr pg smpai ptg dok sebut darah,kuah,nasi bagai....yg penting kena ada kerja keras,semangat n minat...kita ni bukan kluar dr perut mak trus terer main bola sbb darah pak ada...klau lagu tuuu,xyah la ada trainer ,xyh la ada kelas bolasepak ?,xyah jugak p sekolah sbb mak bpk pandai ? ...haishh...smua ni anugerah ALLAH,tp ALLAH pon kata kena usaha jugak...xdak usaha,darah,ke kuah ke,nasi ke nila ke pon xle guna pakai.......btul idok? ? hidup kena LOGIK...

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on


Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013.