Pelakon Syafiq Kyle akui lebih memahami wanita selepas bekerja dengan hampir kesemua pelakon dan kru produksi daripada jantina tersebut.
Syafiq Kyle berkongsi pengalaman berlakon dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 (GG2) yang akan mula ditayangkan pada 25 Oktober ini.
“Bukan pelakon sahaja wanita tapi perkerja belakang tabir semua perempuan.
“Jadi saya sebagai pelakon lelaki di situ akan perhati sahaja perangai mereka.
“Perempuan ni memang banyak bercakap.
“Jadi banyak pengalaman dan cerita yang kita boleh borak dengan mereka di set.
“Saya juga jarang bekerja dengan pengarah wanita. Bagi saya mereka sangat detail (teliti),” katanya.
Syafiq berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi satu temu bual mengenai belakang tabir filem GG2.

Women can be sweet and soft spoken, but they can be firm and out spoken too! . Apa perasaan @syafiqkylez, @aedyxashraf dan @jadhidhir bekerja dikalangan majoriti wanita dalam pembikinan filem Gol & Gincu Vol. 2? . Korang pernah tak bekerja dengan #girlboss? . Kickin’ in cinemas near you, 25 Oktober 2018. Mark your calendars! ⚽️??? . #golgincu2 #bukansemuaperempuan #girlpower #girlscandoanything

A post shared by Gol & Gincu Vol. 2 (@golgincu2) on

GG2 turut dibintangi pelakon lain seperti Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Aedy Ashraf, Jad Hidir dan ramai lagi.

GG2 mengisahkan tentang Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah tetapi personaliti yang jauh berbeza.

Akibat tercetusnya pergaduhan mereka di khalayak ramai sehingga tular di media sosial, mereka telah dikenakan tindakan disipilin untuk melakukan kerja amal.

Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikenadlikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Pelbagai konflik berlaku ketika mereka cuba membantu Jijie dan gadis-gadis tersebut.

Karya terbitan Red Films itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini.