Pelakon Rozita Che Wan mengakui mempunyai keinginan untuk hamil sekali lagi selepas melahirkan anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, Rozita Che Wan atau Che Ta, menjelaskan usianya menjadi salah satu faktor yang membuatkan dia risau untuk hamil anak seterusnya.

"Bukan tak teringin nak beranak lagi, tapi dah tua-tua ni tak larat la nak dok berligan anak kecik, lari alignments," tulisnya.

Bukan tak teqingin nak beqanak lg , tapi dh tua2 ni tk laqat la nak dok berligan anak kecik? laqi alignments ?#babymuhammadalfateh . . ? @padusicouture . ? @azmwhb

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Rata-rata tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Che Ta dan kebanyakkan mereka memberikan kata-kata semangat untuk dia supaya tidak memandang usia sebagai halangan.

"@azian_naizashop: Tak pa Che Ta. Asal badan sihat. Ada je kes kat tempat kita umur 50 tahun beranak. Bukan luaq negara je. Lanikan macam-macam supplement moden dan tradisional ada masa hamil dan berpantang. Dalam pantang pun ada orang masak, jagakan ibu dan baby. So get ready for Zain junior."

"@hazela85: Orang cakap kalau gen cantik-cantik ni rugi tak beranak ramai-ramai Che Ta."

"@naufalaimar16: Kuatkan semangat Che Ta. Kalau Allah nak bagi, kekuatan akan datang bila lihat anak dipangku nanti."


Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, Che Ta kini muncul dalam drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan.

Selain Che Ta drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan turut dibintangi oleh Mira Filzah, Harris Anuar, Remy Ishak, Faez Nik, Kartina Aziz, PU Azman, PU Riz, Jasmin Hamid, Maria Farida dan ramai lagi.

Turut diperkenalkan bintang baru Uyaina Arshad iaitu bekas pengacara Nona, Riana AF, Ali Redza, Hanis Nabeela dan Farah Safwan.

Drama Lelaki Kiriman Tuhan ini akan disiarkan setiap hari Isnin pada pukul 9malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) & Maya HD (saluran 135).