Pelakon Datin Almy Nadia berkongsi ucapan 'sweet' sempena menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, Datuk Fizz Fairuz.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, Almy mengakui tahun ini dia akan memberikan hadiah istimewa buat suaminya.

"Syukur Alhamdulillah genap umur sayang 39 tahun pada 22/10/18 hari ini.

"Happy birthday my King. Tahun ini hadiah dalam perut tau. Kasih sayang setia pengorbanan itu adalah hadiah untuk mu sayang.

Syukur alhamdulillah genap umur syg 39tahun pd 22/10/18 harini... happy birthday my king ????❤️❤️❤️.. tahun ni hadiah dlm perut tau.. kasih sayang setia pengorbanan itu adalah hadiah utk mu syg ... tak ada apa yg nak diucapkan.. hanya doa seorang isteri sentiasa berada disisimu dibelakang didepan diatas dibawah bersamamu wahai my king @fizzfairuzofficial .. i ❤️ syg .. anak2 ❤️ papa .....sekali lagi selamat hari jadi my love forever @fizzfairuzofficial ????❤️????

A post shared by Almy Nadia (@fizzalmy) on


"Tak ada apa yang nak diucapkan, hanya doa seorang isteri sentiasa berada disisimu, dibelakang, didepan, diatas, dibawah bersamamu wahai my King @fizzfairuzofficial.

"I love you sayang, anak-anak sayang papa. Sekali lagi selamat hari jadi my love forever," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran Fizz serta mendoakan kebahagiaan mereka dan berharap Almy selamat melahirkan anak ketiga.

Pasangan ini bernikah pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, dan Aurora, 1.