Penyanyi dan pengacara Azira Shafinaz bengang apabila ada seorang lelaki bertindak agresif membulinya ketika sedang memandu di jalan raya.

Luahan Azira itu disuarakan melalui ruangan Instagram Story ahli kumpulan DeFam itu baru-baru ini.

"Saya bersumpah, saya benci orang seperti ini. Seorang lelaki Melayu sangat marah apabila saya secara tidak sengaja membrek kereta selepas menyedari dia cuba mengelak daripada membayar tol dengan mengekori rapat kereta saya di laluan smart tag lebuh raya AKLEH.



"Lelaki itu memandu berdekatan dengan saya dan mula menghayunkan keretanya ke kiri dan kanan dan cuba menakutkan saya dengan menghalang laluan saya.

"Dan dia menunjukkan jari tengahnya ke arah saya!" tulis Azira.

Azira juga mengingatkan kepada semua orang supaya lebih berhati-hati dengan kejadian seperti ini.

Pelakon drama Vila Ghazara itu turut berkongsi foto sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih yang diambil menerusi telefon bimbitnya.