Penyanyi Sufian Suhaimi menerima Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Massa pada Majlis Istiadat Konvokesyen ke-89 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) semalam.

Sufian yang popular dengan lagu Di Matamu itu meluahkan rasa syukur menerima penghormatan terbabit walau dihimpit pelbagai drama dalam kerjaya dan peribadi.

"Bertahun aku mengimbangi soal kerjaya, peribadi, dan pelajaran.

"Penuh drama, yang tahu tu tahulah. It always seems impossible.

"But I get things done, dengan bantuan manusia dan Allah. Ijazah Sarjana ini hadiah Ean untuk ibu dan ayah. Terima kasih, semuanya," tulisnya di Instagram di samping berkongsi gambar sekitar majlis graduasinya.

Master: ✅ . Bertahun aku mengimbangi soal kerjaya, peribadi, dan pelajaran. Penuh drama, yang tahu tu tahu lah. It always seems impossible. But i get things done, dengan bantuan manusia dan Allah. Ijazah Sarjana ini hadiah Ean untuk ibu dan ayah. Terima kasih, semuanya. . ? : @hamizahhhh

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_) on


Perkongsian itu mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya selain beberapa rakan selebriti termasuk Aiman Tino dan model muzik video Di Matamu, Ayra Messi.



Sufian melalui episod sukar pada awal tahun ini apabila hubungannya bersama bekas tunangnya, Elfira Loy berkecai.

Untuk rekod, Sufian merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi dari Universiri Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebelum ini.