Peminat filem dan siri Gol & Gincu yang dilancarkan 13 tahun lalu tidak perlu menunggu 25 Oktober ini untuk menonton filem Gol & Gincu Vol. 2 (GG2) kerana ia akan ditayakan lebih awal.

Mulai hari ini dan esok, TGV Cinemas akan membuka tayangan awal filem GG2 buat semua yang sudah tidak sabar menantikannya.

Lebih menarik lagi, harga tiket yang ditawarkan hanya RM10 dan filem itu akan ditayangkan dibeberapa pawagam TVG Cinemas.

Hanya lima pawagam TGV Cinemas yang dibuka iaitu di KLCC, Rawang, Bukit Raja, Wangsa Walk dan DPulze.

Tayangan tersebut jjuga hanya dibuka pada hari ini, 20 Oktober pada jam 4 petang dan esok, 21 Oktober pada jam 2 petang.

Bukan itu sahaja, penonton yang membeli tiket tayangan awal tersebut turut berpeluang berjumpa dengan pelakon-pelakon hebat dalam GG2.

GG2 dibintangi pelakon utamanya, Diana Danielle dan Ummi Nazeera serta pelakon lain seperti Sharifah Amani, Sazzy Falak, Aedy Ashraf, Syafiq Kyle, Jad Hidir dan ramai lagi.

Excited nak jadi antara yang terawal untuk tonton Gol & Gincu Vol 2? . Dapatkan tiket anda sekarang untuk menjadi penonton awal #GolGincu2 di @TGVCinemas yang terpilih pada 20 & 21 Oktober ini. . Untuk Ahli Movieclub, tiket semurah RM10 sahaja! Jom! ⚽️???

A post shared by Gol & Gincu Vol. 2 (@golgincu2) on

GG2 mengisahkan tentang Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah tetapi personaliti yang jauh berbeza.

Akibat tercetusnya pergaduhan mereka di khalayak ramai sehingga tular di media sosial, mereka elah dikenakan tindakan disipilin untuk melakukan kerja amal.

Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikenadlikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Pelbagai konflik berlaku ketika mereka cuba membantu Jijie dan gadis-gadis tersebut.

Karya terbitan Red Films itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini.