Model dan pelakon Amelia Henderson telah berkongsi foto sempena hari lahirnya yang dimuat naik beberapa hari lebih awal dari tarikh sebenar.

Bakal meraikan hari jadi ke-23 pada 20 Oktober ini, gambar tersebut dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

"Terima kasih kepada keluarga saya yang telah memulakan minggu hari jadi saya dengan baik.

"Saya dikelilingi orang-orang yang menakjubkan dalam hidup saya, tarikh sebenar hari jadi saya adalah pada 20 haribulan ini, tak sabarnya!" tulisnya sebagai kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi ucapan hari jadi untuk Amelia dan memuji kejelitaan yang dimilikinya.

"Awak nampak cantik walaupun tanpa mekap.

"Gambar ni cantik walaupun tak bermekap.

"Awak tak pakai mekap nampak lebih muda," puji netizen.

woke up this morning feeling on top of the world. thank you to my family for starting birthday week off with a bang. I am surrounded by the best people I’ve ever had in my life and I love you so dearly, you know who you are ❤️ ps. my birthday is on the 20th, can’t wait

A post shared by amelia thripura henderson (@ameliath) on


Mulai aktif di industri hiburan Malaysia pada tahun 2000, pelakon berdarah kacukan Scotland dan India ini sering muncul menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.