Persiapan perkahwinan penyanyi popular Hollywood, Ariana Grande berakhir apabila telah putus tunang bersama pasangannya, Pete Davidson baru-baru ini.

Menurut sumber, pasangan ini telah berbincang dan sama-sama bersetuju untuk berbuat keputusan demikian.

Ariana bakal memulangkan cincin pertunangan mereka kepada Pete yang dikhabarkan bernilai 100,000 USD bersamaan RM 400,000 dalam matawang tempatan.

Namun begitu, pasangan ini masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai punca sebenar perpisahan mereka.

Sebelum ini, Ariana dan Pete telah membuat keputusan mendadak untuk bertunang dan telahpun membuat persiapan untuk perkahwinan mereka tidak lama selepas itu.

Sumber : people.com