Pengarah filem Munafik 2, Syamsul Yusof akui lebih matang menjadi seorang bapa selepas isterinya, Puteri Sarah Liyana hamil anak kedua.

Menerusi laporan HLive, Syamsul memberitahu dia perlu buat lebih banyak persediaan sebelum menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

“Saya tidak tahu orang lain bagaimana tapi, saya boleh kata jika anak pertama dulu rasa teruja dan tidak sabar hendak menanti kelahirannya tapi bila anak kedua ni lain pula.

“Masih lagi rasa teruja untuk anak kedua, cuma ia buat saya berfikir adakah saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab menjaganya sedangkan anak yang pertama masih lagi dalam fasa aktif.

“Anak saya sekarang sangat lasak dan bijak sekarang ni jadi saya perlu bersedia untuk semua itu nanti.

“Bagaimanapun, itulah kehidupan dan saya perlu matang untuk menempuhnya nanti,” katanya.

Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syaikhul Islam Mohd Shamsul berusia setahun.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).