Kalau masih ingat, Gempak pernah kongsikan kisah kejayaan anak pelakon Fauzi Nawawi, Hanna Faresha yang pernah mendapat keputusan cemerlang 10 A dalam SPM tahun lalu.
Baca: Perpisahan Dengan Bekas Isteri Bukan Halangan Anak Dapat 10 A - Fauzi NawawiAkhirnya, Hanna yang menyambung pengajian di Intec Education College sudah bergraduasi kelmarin.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian apabila isteri Fauzi, pelakon Lisdawati sendiri berkongsi foto anak tirinya itu di laman Instagramnya.
Ramai antara lain selain mengucapkan tahniah turut 'mencuba nasib' menawarkan diri untuk menjadi menantu pasangan Fauzi dan Lisdawati itu.
"Mama Lisdawati, tak nak jadikan saya anak menantu ker?" tulis seorang pengguna yang dikenali sebagai @mohdfaizalhisham.
"Hi Mama," tambah @mahadie_mohd.
Selain itu, ramai yang turut memuji kecantikan Hanna yang diibaratkan seperti adik Lisdawati.
"Cantik ibu dan anak, macam siblings je," tulis salah seorang pengguna lain.
Untuk rekod, Hanna, 19, merupakan anak hasil perkahwinan Fauzi bersama bekas isteri sebelum Fauzi mendirikan rumah tangga dengan Lisdawati.
Apapun, tahniah kami ucapkan atas kejayaan Hanna!
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita