Penerbit dan pengarah Michael Ang bengang apabila menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai anggota polis.

Michael menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik video beserta kapsyen untuk tatapan pengikutnya.

Dalam kapsyen video terbabit, Michael meluahkan rasa marahnya kepada individu tersebut kerana melakukan kerja haram serta cuba untuk menipunya.

Edisi memaki manusia manusia yg buat kerja haram n nak menipu kita! Sial la! Oi kerja secara halal la! Memang sial kau ingat kita senang nak cari duit! Benci benci benci! Sebelum ni menyamar bank now PDRM!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on


Michael mengingatkan kepada umum supaya berhati-hati apabila mendapat panggilan telefon yang mengatakan mempunyai saman belum dibayar.

Michael juga menyuruh individu berkenaan supaya mencari kerja halal daripada melakukan penipuan.

Rata-rata netizen turut sama berkongsi pengalaman mengenai isu tersebut.