Anggota Elite, Linda Rafar menegaskan dia tidak akan dengan mudah menerima produk untuk dibuat ulasan di laman sosialnya kerana perlu memastikan kualiti serta keberkesanannya terlebih dahulu.

Justeru Linda memberitahu pemilik produk atau perniagaan atas talian tidak membandingkan harga ulasannya dengan selebriti lain.

“To all online business owners, please do not compare my IG review rate with others. I’m not the type to promotie things that I dont use. I’ll make sure I test it out myself first, then if I think it is worth to share with my beloved followers, I’ll share and review them.

“I hope you all understand because linda tak nak followers linda kena tipu. If linda cakap semua product bagus, tapi tiba-tiba product tu can harm my followers, linda juga yang kena.

Linda di sini cari rezeki yang halal and bagi linda kalau dah tipu followers, rezeki tu terus jadi haram kan? So better linda try dulu product, and if bagus linda share.


“I’m sorry if I offend anyone with this tapi I hope you all can understand what I’m trying to say.
Thank you and Assalamualaikum,”
tulisnya

Bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5) itu menjelaskan perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Kata Linda, dia tidak mahu menipu pengikutnya dengan mengatakan produk itu bagus tanpa mencuba dan akhirnya membawa padah kepada pihak yang menggunakannya selepas itu.

Dalam pada itu, Linda memberitahu dia hanya mahu mencari rezeki yang halal dengan melakukan perkhidmatan tersebut.

Di konsert minggu ketiga GV5, Elite menyampaikan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslaw dan tersingkir di akhir program kerana mendapat markah paling rendah.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.