Rahul, Anjali Dan Tina Masih Tak Berubah, Meriahnya Sambutan 20 Tahun Kuch Kuch Hota Hai

Hiburan
Rahul, Anjali Dan Tina Masih Tak Berubah, Meriahnya Sambutan 20 Tahun Kuch Kuch Hota Hai

Pelakon utama filem Kuch Kuch Hota Hai, Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukerji hadir memeriahkan sambutan ulang tahun ke 20 filem Bollywood itu pada Selasa.

Majlis ulang tahun itu berlangsung dengan meriah di Mumbai, India.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah gelagat comel ketiga-tiga bintang Kuch Kuch Hota Hai itu ketika berinteraksi antara satu sama lain.

Terkenal dengan watak Rahul, Tina dan Anjali, keakraban dan kemesraan yang ditunjukkan membuatkan netizen jatuh hati dengan mereka.

Biarpun usia filem tersebut sudah 20 tahun namun persahabatan yang terjalin diantara para pelakon dan pengarah tetap utuh.

Trivia: Filem arahan sulung Karan Johar ini sudah mengjangkau usia 20 tahun pada 16 Oktober 2018.

Menariknya Kuch Kuch Hota Hai masih lagi berbisa dan malar segar hingga kini!

Di sini kami kongsikan foto-foto sambutan ulang tahun ke 20 Kuch Kuch Hota Hai.


Foto: Zee News


Foto: News 18


Foto: News 18


Foto: News 18


Foto: New 18


Foto: Bollywood Hungama


dddddddd


Artikel Berkaitan