Pelawak Rahim Sepahtu telah selamat menjalani pembedahan bariatrik awal pagi tadi. Berkongsi momen sesudah menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat perubatan swasta di ibukota, detik itu lebih indah apabila dia turut ditemani kedua-dua isterinya, Lily Khay dan Norazlin Abdullah. "Bidadari penguat semangat, @kolin_abdullah @lilykhay terima kasih kerana berada di sini," tulisnya menerusi entri di Instagram. View this post on Instagram Bidadari penguat semangat @kolin_abdullah @lilykhay trmkasih kerana berada disini A post shared by rahimsepahtu (@rahimr2) on Oct 17, 2018 at 10:06pm PDT Dalam foto terbabit, kedua-dua isteri Rahim mesra duduk bersebelahan di tepi katil penyampai radio Sinar itu. Perkongsian itu mendapat pujian peminatnya yang menyifatkan kedua-dua isteri Rahim penyayang dan sangat bertoleransi dalam melayari alam rumah tangga. Terdahulu, Rahim mengemaskini akaun media sosialnya mengenai keadaan kesihatannya sejak semalam sebelum menjalani pembedahan terbabit. Baca: Rahim Sepahtu Bakal Jalani Pembedahan Usus, Shuib Mohon Peminat Mendoakan Sahabatnya Pembedahan bariatrik merupakan prosedur untuk mengatasi masalah reflux (muntah-muntah selepas makan) dan obesiti. Sebelum ini, juara Gegar Vaganza 4, Aishah pernah menjalani prosedur sama dan menyaksikan perubahan berat badannya dari semasa ke semasa.
"Mula-Mula Ingat Dia Tomboy Ke Pengkid, Tak Ada Perasaan Dekat Lelaki" - Ini Pendedahan Fizi Ali Tentang Shakilla Khoriri 18 Feb 2019
"Syukur Alhamdulillah Semuanya Selamat & Dipermudahkan" - Isteri Selamat Bersalin, Angah Raja Lawak Dapat Anak Perempuan 18 Feb 2019
“Neraka Kirim Salam”- Dikecam Netizen Kerana Jadi Model Pakaian Dalam, Ini Respon Sharifah Sakinah 18 Feb 2019
“Neraka Kirim Salam”- Dikecam Netizen Kerana Jadi Model Pakaian Dalam, Ini Respon Sharifah Sakinah 21,970
"Syukur Alhamdulillah Semuanya Selamat & Dipermudahkan" - Isteri Selamat Bersalin, Angah Raja Lawak Dapat Anak Perempuan 12,001
"Seronoknya Kalau Arwah Mama Masih Ada ..." - Aprena Manrose Tayang Kereta Pertamanya, Proton X70 9,823
"Saya Sayang Ayah Saya Seperti Mana Kamu Sayangkan Ayah Kamu" - Cik Manggis Ulas Komen Dikatakan Biadap Oleh Netizen 4,307