Karnival #MyDigitalMaker Fair 2018 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 dan 30 September lepas.

Berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur lebih 200,000 pengunjung terdiri daripada belia, pendidik, ibu bapa dan syarikat gergasi dunia digital hadir.

#MyDigitalMaker Fair 2018 merupakan usahasama Kementerian Pendidikan Malaysia (MoE) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi memberikan pendedahan lebih meluas kepada golongan remaja masa kini.

Namun, bagi yang terlepas menghadiri #MyDigitalMaker Fair 2018, kami rangkumkan perkara-perkara menarik yang berlaku sepanjang karnival itu.

1. Pameran robotik, penghasilan dan perlumbaan drone, percetakan tiga dimensi antara aktiviti best yang mendapat pujian ramai sepanjang acara dua hari itu.

2. Peluang kerjaya dalam dunia digital juga terbuka luas sebenarnya. Bagi yang hadir ke #MyDigitalMaker Fair 2018 pastinya beroleh penerangan mendalam mengenai kerjaya dalam dunia digital.

Baca: 5 Kerjaya Dunia Digital Paling Cool Masa Kini Yang Korang Boleh Cuba!

3. Ismail Izzani dan Altimet antara artis yang berpeluang mencuba ‘drone soccer’ dan permainan video realiti maya atau ‘VR’ yang merupakan antara aktiviti hangat di karnival tersebut.

4. Pelbagai pertandingan antara sekolah yang telah berlangsung seperti Sime Darby Young Innovators Challenge 2018, Battle of Digital Ninjas Competition, Mobile Legends Final Competition dan banyak lagi. Rupanya ramai pelajar sekolah di tanah air kita yang berbakat dalam bidang digital tau!

5. Akhir sekali, dua buah forum ringkas telah diadakan bersama pemimpin-pemimpin dalam industri digital. Pada hari pertama, sebuah diskusi bersama Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Steven Sim, Ketua Pegawai Eksekutif Metronomik, Wan Hazmer dan Ketua Pegawai Eksekutif Kitamen, Hazman Hassan telah diadakan. Pada hari kedua pula Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, Ketua Pegawai Eksekutif Fusionex International, Datuk Seri Ivan Teh dan Dr. Gopinath Rao telah membincangkan isu 'Persediaan Bakat Muda Untuk Masa Hadapan'.

Maklumat lanjut di www.mydigitalmaker.com