Isteri kepada Putera Harry, Meghan Markle dilaporkan sedang hamil tiga bulan.

Meghan dijangka akan melahirkan cahaya mata pertama mereka pada pertengahan tahun depan.

Khabar gembira itu dikongsi menerusi laman Twitter rasmi Kensington Palace.

Anak mereka bakal menjadi pewaris ketujuh takhta Diraja Britain.

Sebelum ini, ada khabar angin yang mendakwa Harry dan Meghan sedang berusaha keras untuk mendapatkan anak.

Ada sumber mendakwa cerita itu timbul kerana abang Harry, Putera William sudah mempunyai 3 orang anak bersama isteri, Kate Middleton.

Harry dan Meghan mendirikan rumah tangga pada 19 Mei lalu di Gereja St George, Istana Windsor, United Kingdom.

Foto: New Idea