Ahli kumpulan Elite, Azzarima Zawari atau Azza menjawab kritikan pedas seorang netizen.

Menerusi perkongsian Azza di laman Instagram, penyanyi itu mendedahkan ada netizen yang mendakwa Elite terhegeh-hegeh dan merayu untuk diserap semula dalam program Gegar Vaganza 5 (GV5).



Tidak mendiamkan diri, Azza menjawab kritikan itu dengan penuh diplomasi.

Haaa tepokkkkk .??klako pun ada . tp itu lah saya mampu ucap alhamdulillah seronok tau..bnyk pahala kami.maklum saja la sebagai manusia kita bnykkan bersabar.. Besar ganjaran bg hambanya yg sobar.. Adala kebaikan yg kami buat Allah bg pahala percuma ni..masyaAllah..Tabarakallah #hasbunallahwanikmalwakil #lahawlawalaquwwataillabillah semoga Allah melahirkan rasa kasih sesama hamba. ps : tidak mengapa .. adik ini mungkin tidak mengenali siapa kami .. semoga Allah memberi rasa syg terhadap sesama hambanya.. #janganbimbangAllahada #kitachillaje #muhasabahdiri #mungkinapayangdiakatabetul #mohlakitamuhasabah #kitatuliselokelokadafakeigtulisktkitapelikpelik

A post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0187785456 (@azzaelite) on


Rata-rata pengikut laman Instagram Azza mengeji tindakan netizen itu dan mempertahankan penyanyi kesayangan mereka.

Di konsert minggu ketiga GV5, Elite menyampaikan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslaw dan tersingkir di akhir program kerana mendapat markah paling rendah.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.

Foto: Instagram @arymuzameer