Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa marah dan kesal terhadap tindakan seorang penunggang motosikal yang memukul pekerja stesen minyak yang melakukan kesilapan kecil baru-baru ini.

Video rakaman insiden berkenaan telah tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Pekerja stesen minyak berkenaan telah tersalah mengisi jenis petrol yang dimahukan oleh penunggang motosikal tersebut.

Sharnaaz tampil meluahkan perasaannya mengenai kejadian itu menerusi status di akaun Twitter miliknya.

"Insya-Allah penunggang motosikal ini akan dihadapkan ke muka pengadilan, tapi kalau aku cam muka kau dekat luar, aku pasti akan mulakan dengan 'bismillah' dan akhiri dengan 'sadaqallah hullazim", tulis Sharnaaz

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan Sharnaaz dan berharap agar individu yang tidak bertanggungjawab itu dikenakan hukuman secepat mungkin.




Dalam pada itu, Sharnaaz turut menyeru kepada penunggang motosikal lain agar sentiasa menghormati orang dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.