Pelakon terkenal Korea, Lee Jong Suk mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak dengan agensi barunya, YNK Entertainment.

Menurut laporan eksklusif Star News, Lee Jong Suk telah menamatkan kontraknya pada September lalu.

“Kami telah menamatkan kontrak dengan Lee Jong Suk dan dia mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri,” ujar wakil YNK Entertainment dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Bagaimanapun, punca keputusan yang dibuat oleh kedua belah pihak itu tidak dinyatakan.

Buat masa ini, Lee Jong Suk berada di bawah pengurusan agensinya sendiri iaitu, A-Man.

Terdahulu, Lee Jong Suk mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan agensi terkenal, YG Entertainment selepas tamat pada 31 Mac lalu.