Selepas kejayaan filem Polis Evo menjadi filem nombor satu kutipan box office pada tahun 2015, kini filem ini muncul kembali dengan sekuel terbaru, Polis Evo 2 (PE2).

Polis Evo yang pernah mencetuskan fenomena dalam industri perfileman tanah air ini sudah pasti membuatkan penonton tidak sabar menantikan tayangan sekuel PE2 tidak lama lagi.

Masih mengekalkan pelakon asal seperti Shaheizy Sam dan Zizan Razak, wajah-wajah baru dalam PE2 ini juga tidak kurang hebatnya.

Antaranya, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Hairul Azreen, Soffi Jikan, dan Syafie Naswip.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini bakal menemui penonton menerusi pawagam seluruh negara mulai 22 November depan.

Sebelum menonton PE2, ini adalah karakter-karakter yang anda perlu tahu:

Inspektor Khai



Inspektor Sani



Rian



SJN Amin



SJN Mat Dan



Zul



Mikael



Zali



Syam



Hafsyam a.k.a Saif



Ahmad Najr



Qalif



Ricky Kumolo



Hebat bukan? Jadi jangan lupa saksikan Polis Evo 2 dipawagam berhampiran bermula 22 November depan.